STOKIS KELANTAN - ZAI 0148306913

SUDUT BLOGGER




Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua…

Saya harapkan anda semua berada dalam kesihatan yang baik dan bahagia disamping keluarga tercinta!

Nama saya Aziz. Saya adalah salah seorang ahli yang baru mendaftar diri dalam perniagaan Enzim Noni B-Swan ini. Seorang ‘marketing person’ yang mempunyai pengalaman dalam bidang pemasaran sewaktu bekerja dahulu, (tetapi bukan dalam pemasaran MLM). Sekarang saya bekerja sendiri sebagai penasihat insurans serta menjalankan perniagaan kecil-kecilan secara ‘e-homebusiness’ atau perniagaan dari rumah, semuanya melalui internet bagi meraih pendapatan sampingan.

Apa yang ingin saya perkatakan ialah walaupun saya sudah biasa dalam bidang ‘pemasaran’ sebelum ini, saya sebenarnya amat susah untuk melibatkan diri dalam perniagaan jenis MLM ini, lebih-lebih lagi kena dengar taklimat perniagaan malam-malam, kena bayar yuran keahlian, guna modal yang besar, juga harus memperkenalkan produk-produk MLM kepada kawan-kawan dan wajib cari ‘downline-downline’ baru…rasa macam susah je nak buat, maklumlah buat bisnes MLM..mesti kena peleceh kawan-kawan. Biasanya saya akan menolak pelawaan mereka yang memperkenalkan barangan MLM. Pendek kata saya memang tak berminat untuk join mana-mana MLM sebelum ini, minta maaf banyak-banyak, sehinggalah…pada suatu petang…

Suatu petang (pada hujung bulan 3, 2009…masih baru lagi), seorang kawan saya yang bernama Mamat telah menelefon saya untuk berjumpa, katanya ada perkara penting nak dibincangkan. Saya pun memang nak berehat sekejap pada waktu tu, nak kena ‘teh tarik’ pasal penat sangat menghadap komputer sejak pagi, terus ‘set’ untuk berjumpa dengan Mamat di sebuah restoran mamak ‘Hidayah Maju’ di Ukay Perdana, maklumlah katanya penting mesti cerita bisnes baikkk…punya ni!, kena cergas sikit… (ingatkan projek besar la he.he.he..). Pada petang itu Mamat datang dengan membawa beberapa helai kertas bersama satu kotak berbentuk ‘spiral’ berwarna hijau daun. Mamat duduk dihadapan saya sambil membuka kotak ‘spiral’ tersebut dan mengeluarkan satu botol berwarna biru gelap. “Apa benda botol biru ni bro…cantik je packing…macam barang mahal je bro…, apa ke bendanya?”, saya bertanya Mamat ingin tahu. “…ni namanya Enzim Noni…50 ringgit je…jauh ni…dari Hawaii” jawab Mamat selamba. “50 ringgit jer …cantik-cantik macam ni, biasanya barang macam ni la packingnya…mahal ni bro..”,jawab saya pula semacam kurang percaya pasal harganya agak murah.

Setelah kami berdua memesan minuman Mamat pun mulalah bercerita panjang lebar mengenai botol biru gelap tersebut yang dipanggil beliau ‘enzim Noni B-Swan’. Mulanya Mamat bercerita pasal kelebihan enzim Noni B-Swan merawat bermacam-macam jenis penyakit-penyakit kronik…macam doktor daaa…Mamat bercerita. Untuk penyakit asma, barah, gout, kencing manis…pendek kata elok untuk semua penyakit la. Saya mengangguk-angguk kecil tanda setuju kata-kata Mamat, takut terkecil hati pula kawan-kawan kalau komen lebih-lebih nanti. Memang sebelum ini saya akui, saya biasa mendengar dan mengetahui bahawa buah noni atau mengkudu memang mempunyai banyak khasiat dan zat yang luar biasa…tapi biasa la barang macam ni harganya mahal.

Lepas tu Mamat dengan gaya penuh semangat bercerita pulak mengenai ‘Marketing Plan’ B-Swan, (rupa-rupanya enzim Noni ni produk baru MLM), pastu bercerita pulak tentang kawan-kawan lain yang telah join perniagaan enzim Noni B-Swan ini…tentang prestasi mereka mencipta rangkaian ‘downline’ dengan cepat walaupun masih baru lagi dalam MLM bisnes. “…ada juga yang dah dapat ‘income’ 5 angka sebulan, termasuklah aku ini yang baru 3 bulan join dah dapat merasai hasilnya sikit-sikit…sikit hari MELETUP satu Malaysia ni...”, kata Mamat penuh yakin dengan pelan pemasaran produk B-Swan ini.

Bla…bla…bla…saya cuma mampu tersenyum sambil tumpang gembira atas kejayaan kawan-kawan lama yang memang sudah lama tidak ketemu. (Dulu mereka ini juga bukan dari kalangan peniaga MLM, cuma sekarang mengaktifkan diri kerana mengambil peluang keemasan atas produk enzim noni ini – Untuk pengetahuan anda, produk enzim Noni ini sekarang sedang MELETUP di pasaran Lembah Klang!!!. Mana-mana Leader MLM sila ambil perhatian…takut-takut nanti dah terlambat nak join!)

Ok lah dipendekkan cerita…apa yang diperkatakan oleh Mamat tadi tentang pelan perniagaan B-Swan ini semuanya masuk telinga kiri keluar telinga kanan…pasal saya memang tidak berminat untuk menjual produk-produk MLM ni, (mungkin anda juga sedemikian)…dan saya mempunyai fokus tersendiri dalam kerjaya. Akan tetapi petang itu saya memang berminat untuk membeli dan merasai enzim Noni ini kerana saya memang percaya 100% khasiat memakan buah mengkudu ini…harganya pun o.k. Apa salahnya mencuba untuk kesihatan sendiri…Saya pun terus mengeluarkan 50 ringgit dari wallet dan terus berikan kepada Mamat sambil bergurau, “Aku ambik 1 botol bro…buat rasa…aku nak tengok hasilnya dulu...kalau ok, aku roger bro balik…kalau tak ok, siap bro...”. Petang itu minum teh Mamat yang belanja. Terima kasih Mamat!

Setelah sampai di rumah, saya pun terus membuka kotak hijau tersebut dan menunjukkan kepada isteri botol biru enzim Noni. Sambil bercerita tentang meeting dengan Mamat tadi saya pun buka penutup dan menitiskan enzim Noni di bawah lidah….dua titik, untuk saya dan …dua titik untuk isteri. 2 jam selepas makan enzim noni tersebut buat kali pertama, tindak balas terus saya rasai…kepala saya mula pening-pening. Saya teringat kata-kata Mamat tadi, kalau ‘first-first’ ambil dah ada tindak balas maksudnya sistem enzim noni tu dah mula aktif dalam badan kita. Katanya antara tindak balas yang biasa ialah sedikit pening-pening. Jadi saya pun tak la risau sangat pasal kata Mamat itu kes biasa je…mula-mula.

Macam biasa juga saya pun terus menghadap komputer untuk menyambung kerja-kerja saya yang terhenti kerana telah berjumpa dengan Mamat tadi. Untuk pengetahuan anda semua saya belum pernah lagi menghidapi sebarang penyakit kronik. Alhamdulillah sihat, cuma badan saya selalu rasa penat-penat kerana biasa menghadap komputer lebih dari 12 jam sehari…bayangkanlah jika anda hanya duduk diam selama waktu tu dengan postur badan yang melengkung kerana tangan menaip di keyboard…, mata pun penat…otak pun penat dan macam-macam lagi rasanya, kalau tidur malam pun mesti terus pengsan tak ingat dunia dan menggeroh (berdengkur) dengan kuat…isteri selalu membebel katanya saya ni kuat menggeroh…

Sekarang ini….

Setelah mengamalkan enzim Noni ni, malam-malam pun saya masih lagi boleh buat kerja di depan komputer maklumlah kadang-kadang kerja saya ni ada ‘dateline’ yang harus disiapkan segera. Badan masih terasa segar seperti waktu pagi. Kini tidur saya tidak menggeroh lagi dan rasa cukup puas walaupun tidur hanya 4-5 jam sahaja. Saya rasa perubahan pada diri saya kesannya terlalu cepat, pada hari kedua saya telah merasa segar dan terus bersemangat sehingga kini.

Alhamdulillah…dengan enzim Noni yang Mamat perkenalkan, kini saya tidak lagi berasa penat atau kurang bersemangat seperti dahulu, kalau tidur terlewat sikit pun..bangun mesti cepat macam orang tidur dah cukup waktu. Badan pun terasa ‘power’ semacam je, setiap masa…setiap ketika dari pagi sehingga malam. Saya dan isteri cuma amalkan setitik…dua pada waktu pagi sebelum sarapan dan pada waktu malam sebelum tidur. Sehingga kini (dah dekat 2 bulan ni) kami baru menghabiskan 2 botol untuk kesihatan yang sungguh maksimum, pada harga cuma RM50 sahaja sebotol…sungguh menjimatkan dan berbaloi! Kalau tak percaya anda boleh mencuba amalkannya dan menilai kebaikkannya sendiri…jangan lupa tanya isteri anda apa-apa perbezaan yang dirasai. InsyaAllah ada kelebihannya, lebih-lebih lagi kepada kaum Hawa, enzim Noni ini memang banyak manfaatnya kepada kaum Hawa!

Lagi satu, saya dapati enzim Noni ini dapat mengurangkan tabiat merokok saya kerana lidah saya menjadi tawar apabila menghisap rokok…saya juga telah lama tidak mengalami migraine. Isteri kata saya tidak lagi panas baran kepada anak-anak, mungkin kerana ia dapat menstabilkan hormon dan tekanan darah saya kepada yang lebih baik. Isteri saya selalu memuji tentang kebaikkan enzim Noni ini dan menyuruh saya untuk join dalam perniagaan ini secara serius dengan segera. “..bagi tau kat semua orang, benda ni bagus…” kata isteri. Mungkin isteri saya dah tau khasiatnya dan percaya 100% ianya amat berkesan.

Begitulah rahsia enzim noni yang dapat saya rasakan manfaatnya dengan cepat. Bagi anda yang tidak mempunyai sebarang penyakit…enzim Noni dapat menyegarkan badan kita yang sentiasa penat bekerja samada untuk pekerjaan pejabat, mahupun pekerjaan luar yang banyak menggunakan tenaga. Bagi anda yang berpenyakit pula, peluang untuk sembuh segera masih ada dengan keajaiban buah ciptaan Allah ini. Sila ikuti testimonial dari pesakit-pesakit yang telah mencubanya…sungguh hebat! Saya ada ‘cd’nya.

Kini saya banyak membuat ‘search’ dan kajian rahsia noni ini menerusi internet dan mendapati kajian secara serius telah dilakukan oleh negara barat lebih-lebih lagi oleh pakar perubatan di U.S, buktinya mereka telah mengamalkan produk berasaskan Noni ini dengan meluas sejak dahulu lagi. Mereka juga telah mengimport produk Noni ini secara besar-besaran dari Hawaii dan Kepulauan Tahiti dan dipasarkan di negara mereka sebagai ‘supplement’ penting dengan pelbagai jenama secara moden dan mengeksportkannya semula ke negara luar termasuk Malaysia. Adalah menjadi satu kerugian kepada kita sekiranya kita tidak dapat memanfaatkan khasiat buah dari negara tropika ini untuk kesihatan kita dan rahsia awet muda.

Bau buah mengkudu atau noni ini sememangnya dikenali agak kurang menyenangkan (dulu masa kecil-kecil kat kampung…ada sepokok mengkudu dan saya amat tidak menyukai bau buahnya) tetapi enzim Noni B-Swan yang telah telah diperbotolkan ini amat mudah untuk dibawa kemana-mana, mudah dimakan dengan titik dibawah lidah sahaja, ianya kurang berbau kecuali masih lagi berasa masam kerana keasliannya…walau bagaimana pun ianya amat kaya dengan khasiat yang amat diperlukan oleh tubuh badan kita iaitu proxeronine dan proxeronase. InsyaAllah!

Kini saya juga telah mengikuti perniagaan MLM Enzim Noni ini sepenuh masa kerana produknya terbukti sangat hebat dan marketing plan memang betul-betul menguntungkan ahlinya dan teramat mudah untuk dilakukan (walaupun anda bukan dari kalangan orang MLM). Jika anda berminat untuk mencuba produk ini, hubungilah saya dan jadilah penyampai berita baik ini kepada semua pesakit-pesakit yang anda kenali, mungkin dari kalangan keluarga anda sendiri dahulu. Tolonglah mereka dengan enzim noni ini. Semua yang baik hanya datang dari Allah…cuma manusia perlu berusaha mendapatkan rahsia perawatannya sahaja, cubalah...

Saya amat berterima kasih kepada kawan saya Mamat, kerana memperkenalkan produk ini kepada saya. Jika anda inginkan penerangan khasiat enzim Noni dan pelan perniagaan, hubungi saya di 018-3937003. Silalah ikuti perkembangan sensasi produk enzim Noni ini di akhbar seleksi dan Ohh…Sayang setiap masa dipasaran sekarang – akhbar esklusif untuk enzim Noni B-Swan.

Sekian untuk kali ini dan jangan lupa hubungi saya untuk mendapatkan ‘enzim Noni B-Swan’ sekarang juga. Anda juga akan menerima ucapan ‘terima kasih’ dari rakan anda nanti kerana memperkenalkan enzim Noni ini kepada mereka.

Wassalam…

Aziz
Penulis Blog-Rahsianoni.


HUBUNGI:
018-393 7003